
Kg Kiau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu di Lembah Kadamaian, Banjaran Crocker, mempunyai bentuk mukabumi yang beralun. Bentuk muka buminya hampir serupa dengan lokasi paragliding terkenal di Birling, India dan Pokhara, Nepal. Keadaan cuaca tropika sepanjang tahun merupakan faktor kesesuaiannya untuk dijadikan destinasi paragliding pertandingan Rentas Desa / Cross Country (XC) terbaik dan bertaraf antarabangsa.
Sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan luncur udara yang disertai oleh peluncur daripada pelbagai peringkat dari dalam dan luar negara untuk bersaing mencabar diri dan merasai pengalaman terbang Rentas Desa di ruang udara Lembah Kadamaian sepanjang Banjaran Crocker selain turut disertai komuniti setempat dengan pelbagaai program pengisian bagi memerihkan acara sambutan Hari Kaamatan.
